20.03.2023
Majlis Daerah Selama (MDS) menerima kunjungan Tuan Mohd Zaki bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Perak Tengah di Lata Tebing Tinggi yang merupakan salah satu daripada 7 Lata yang menjadi Ikon Ke-12 Pelancongan Negeri Perak.
Beliau yang diiringi oleh En Abdul Razak bin Mohd Yunus, Penghulu Mukim Blanja telah diberi taklimat ringkas berkaitan pengurusan ekopelancongan Selama menerusi Inovasi Rakan Strategik Pelancongan MDS (RSP-MDS) dan sempat bertukar fikiran bersama Tuan Nor Akmal bin Yang Ghazali, Yang Dipertua MDS.
Semoga program lawatan ini bermanfaat dan dapat disusuli dengan program-program lain selepas ini, seperti yang dibincang 🙂, Inshaa-Allah.
Terima kasih
MAJLIS DAERAH SELAMA
20.03.2023
Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah
#selamatourism
#7lataselama