Berita / Aktiviti


PROGRAM LIBAT URUS PELAKSANAAN KEMPEN TIADA BEG PLASTIK

PROGRAM LIBAT URUS PELAKSANAAN KEMPEN TIADA BEG PLASTIK MELALUI PENGENAAN CAJ RM0.20 PENGGUNAAN BEG PLASTIK OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PADA HARI SABTU SETIAP MINGGU DI NEGERI PERAK TAHUN 2023

23 Jun 2023 - Program Libat Urus Pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik melalui Pengenaan Caj RM0.20 Penggunaan Beg Plastik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada hari Sabtu setiap minggu di Negeri Perak Tahun 2023 bersama pengusaha / pelesen premis perniagaan Daerah Kampar telah diadakan di Auditorium, Majlis Daerah Kampar (MDKpr).

Hampir 70 orang pelesen premis perniagaan telah menghadiri sesi libat urus ini bagi mendengar sesi taklimat dan penerangan yang telah disampaikan oleh En. Mohd Izham bin Ahmad, Ketua Jabatan Kesihatan Awam, MDKpr dan turut dihadiri Ahli-ahli Majlis, MDKpr dan Ketua-Ketua Jabatan, MDKpr.
Antara premis perniagaan yang wajib berdaftar dengan pelaksanaan kempen ini adalah seperti berikut:
🔻Pasaraya Hyper (Hypermarket);
🔻Pasaraya Besar (Supermarket);
🔻Pasaraya Serbaneka (Departmental store);
🔻Kedai Serbaneka (Convenient store);
🔻Restoran Makanan Segera (Fast Food Restaurant);
🔻Kedai Serbaneka Stesen Minyak (Petrol Station Convenient Store);
🔻Kedai Rangkaian (Chain Store); dan
🔻Farmasi (Pharmacy)

Premis perniagaan yang menyertai pelaksanaan kempen ini akan menerima Sijil Penyertaan Premis Hari Tanpa Beg Plastik Percuma manakala premis yang berjaya tidak membekalkan beg plastik kepada pengguna akan menerima Sijil Premis Bebas Beg Plastik. Semua peserta yang menerima sijil perlu mempamerkannya di premis perniagaan masing-masing sebagai pemakluman kepada pelanggan dan bagi memastikan kempen ini berjalan dengan jayanya.
Kempen ini bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik seterusnya secara berperingkat tiada lagi penggunaan beg plastik di kalangan warga Kampar khasnya dan masyarakat Perak amnya demi menjamin kelestarian alam sekitar.

Pelaksanaan kempen ini bermula pada 1 Julai 2023 di mana bagi tempoh 6 bulan ini MDKpr masih memberi kelonggaran kepada premis perniagaan yang terpilih untuk mendaftar bagi menyertai kempen ini.
Pihak Majlis telah memutuskan pelaksanaan sepenuhnya bagi semua premis perniagaan yang terpilih akan berkuatkuasa 1 Januari 2024 dengan semua premis perniagaan yang terpilih diwajibkan mengenakan caj RM0.20 bagi setiap plastik yang dikeluarkan kepada pelanggan pada setiap hari Sabtu setiap minggu.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 20/12/2023 | Jumlah Pelawat : 38121
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768