Berita / Aktiviti


PROGRAM GOTONG-ROYONG KEBERSIHAN PASAR AWAM MAMBANG DIAWAN

PROGRAM GOTONG-ROYONG KEBERSIHAN PASAR AWAM MAMBANG DIAWAN

3 Julai 2023 - Majlis Daerah Kampar telah mengadakan Program Gotong-Royong Kebersihan Pasar Awam Mambang Diawan melibatkan kerjasama pejabat ADUN Malim Nawar, Ahli Majlis MDKpr, Pejabat Daerah Dan Tanah Kampar, Pejabat Kesihatan Daerah Kampar, Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Balai Polis Mambang Diawan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Kampar, Rela Daerah Kampar , Ketua-Ketua Kg Mambang Diawan, peniaga pasar awam dan anggota MDKpr.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Shasha Veraiah ADUN Malim Nawar dan dihadiri oleh Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, YDP MDKpr, Puan Siti Azura binti Haji Juki Setiausaha MDKpr, barisan Ahli Majlis MDKpr, Pegawai Kesihatan Daerah Kampar, wakil Pejabat Daerah Tanah Kampar, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Ketua APM Daerah Kampar, Ketua RELA Daerah Kampar, wakil Syarikat Euro Circuit Technology Sdn. Bhd., dan anggota MDKpr.

Program Gotong-Royong Kebersihan Pasar Awam Mambang Diawan dijalankan kerana pasar awam ini telah terpilih mewakili MDKpr dan Negeri Perak untuk bertanding sempena Kempen Pasar Awam Bersih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2023. Kempen ini berlangsung dari bulan Jun hingga Ogos 2023 (3 bulan) yang menyasarkan pasar awam yang berada di bawah gred markah 71%.
Taklimat kebersihan dan pembahagian tugasan telah disampaikan oleh En. Mohd Izham bin Ahmad, Pegawai Tadbir Jabatan Kesihatan Awam, MDKpr. Sepanjang program pembersihan ini, didapati para peniaga gemar menyimpan bekas terpakai seperti polisterina, kotak, plastik, dan bekas atau tong yang berisi air. Terdapat petak niaga yang dibuat tambahan binaan kayu yang merupakan kesalahan di bawah peraturan MDKpr.

Sepanjang tempoh kempen ini, pelbagai program dan aktiviti telah dirancang dan sdang dijalankan, antaranya Libat Urus Bersama Niaga, Program Mengecat Dinding Pasar Awam, Pertandingan Petak Niaga Bersih, Program Kompos dan Kitar Semula, dan naiktaraf kemudahan di pasar awam.

Diharap Pasar Awam Mambang Diawan berjaya merangkul kemenangan dalam kempen ini dan mengharumkan Daerah Kampar.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 20/12/2023 | Jumlah Pelawat : 38121
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768