Operasi pembersihan Pasar Awam Gopeng dijalankan oleh petugas-petugas Jabatan Kesihatan Awam, MDKpr pada 22 Jun 2023. Operasi ini merangkumi pemotongan rumput, pembersihan sampah sarap, pembersihan longkang, lantai & kawasan sekitar pasar tersebut.
Aktiviti ini dijalankan secara berkala iaitu setiap sebulan sekali bagi memastikan kawasan pasar awam sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan vektor seperti nyamuk, tikus, lipas & lalat yang boleh membawa penyakit kepada manusia.
Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.
Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak