Berita / Aktiviti


LAWATAN PENANDAARASAN MD KERIAN KE MD KAMPAR DALAM PERKONGSIAN BERKAITAN PENGURUSAN ISO 45001:2018 DAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

LAWATAN PENANDAARASAN MD KERIAN KE MD KAMPAR DALAM PERKONGSIAN BERKAITAN PENGURUSAN ISO 45001:2018 DAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

15 Nov 2023 - Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Majlis Daerah Kerian telah melakukan lawatan penandaarasan ke Majlis Daerah Kampar (MDKpr) bagi mempelajari tadbir urus sistem pengurusan pensijilan ISO 45001 :2018 dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) MDKpr. Mereka juga turut dibawa melawat Lorong Ilham Seni dan Tandas Awam Kampar.

Lawatan tersebut diketuai oleh Pn. Nur Ainun Farihah binti Abdull Manaf, Setiausaha JKKP dan kakitangan daripada MDK disambut oleh Tuan Ahmad Suqairy bin Alias, YDP MDKpr. Taklimat dan perkongsian maklumat telah disampaikan oleh En.Mohd Izham bin Ahmad, Pegawai Tadbir Jabatan Kesihatan Awam merangkap Setiausaha JKKP MDKpr.
Sesi perkongsian maklumat berkaitan pengurusan pensijilan ISO 45001:2018, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Anugerah MSOSH dan program-program KKP yang telah dilaksanakan oleh MDKpr sepanjang tahun disampaikan kepada pihak delegasi rombongan.

Puan Siti Azura binti Haji Juki, Timbalan Pengerusi JKKP MDKpr turut berkongsi maklumat berkaitan KKP yang telah dijalankan sepanjang tahun oleh MDKpr dan telah menyampaikan cenderahati dalam majlis penutup. Diharap sesi perkongsian ini dapat memanfaatkan semua pihak dalam menggerakkan KKP ke tahap yg lebih efisien dan terbaik

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 20/12/2023 | Jumlah Pelawat : 38121
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768