Lawatan Penanda Arasan Majlis Daerah Kampar ke Majlis Daerah Pendang
Pada 14 Jun 2023 (Rabu) jam 11:00 pagi telah diadakan Lawatan Penanda
Arasan ke Majlis Daerah Pendang. Delegasi ini diketuai oleh Puan Mahfuzah binti Mokhtar, Pegawai Tadbir (Khidmat Pengurusan) bersama 21 warga MDKpr.
Lawatan ini telah disambut oleh Encik Mohamad Zahimi bin Harun, Pegawai Tadbir, Jabatan Khidmat Pengurusan MD Pendang.
Lawatan ini adalah bertujuan perkongsian ilmu dan pengalaman MD Pendang dalam pembangunan klasifikasi fail dan pelaksanaan Sistem DDMS (Digital Document Management System) 2.0. Sesi lawatan ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk menambahbaik aspek pengurusan rekod dan meningkatkan kualiti perkhidmatan ke aras sistem pengurusan fail yang lebih teratur.