Berita / Aktiviti


LAWATAN JURI BAGI VERIFIKASI PELAKSANAAN KEMPEN PASAR AWAM BERSIH PBT TAHUN 2023

LAWATAN JURI BAGI VERIFIKASI PELAKSANAAN KEMPEN PASAR AWAM BERSIH PBT TAHUN 2023
11 September 2023 - Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah menerima kunjungan Panel Juri Penilai bagi Pertandingan Kempen Pasar Awam PBT Tahun 2023 yang dihadiri oleh Tn. Hj. Ahmad Fakurazi bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
Lawatan verifikasi ini dijalankan bagi membuat penilaian mengikut kriteria yang ditetapkan dalam kempen ini. Pasar Awam Mambang Diawan telah dipilih mewakili MDKpr dan Negeri Perak bagi tahun 2023 untuk bertanding di antara 12 PBT yang lain di seluruh Malaysia.
Objektif Kempen Pasar Awam Bersih adalah untuk mempromosikan kepentingan kebersihan pasar awam bagi meningkatkan tahap kesedaran di kalangan peniaga dan masyarakat. Diharap Pasar Awam Mambang Diawan berjaya merangkul kemenangan dalam kempen ini dan mengharumkan Daerah Kampar.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 20/12/2023 | Jumlah Pelawat : 38121
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768