30-31 Oktober 2023 - Bertempat di Hotel De Cassia, Majlis Daerah Kampar (MDKpr) dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia Cawangan Utara telah mengadakan Kursus Penyelenggaraan dan Keselamatan Pengendalian Skylift kepada anggota-anggota yang terlibat dengan pengendalian skylift di tempat kerja. Kursus selama 2 hari ini turut disertai oleh peserta dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak yang lain. Peserta kursus
telah diajar pengetahuan berkaitan penyelenggaraan dan pengendalian selamat skylift dan sesi ujian secara praktikal telah dijalankan dalam kursus tersebut. Dengan pendedahan yang diberikan ini diharapkan semua peserta kursus dapat mengamal dan mematuhi kehendak keselamatan ketika mengendalikan skylift.