14 September 2023 - Pembersihan awam oleh anggota-anggota Jabatan Kesihatan Awam, Majlis Daerah Kampar (MDKpr) di Pusat Penjaja Gopeng telah dijalankan dengan pembersihan sekitar premis, longkang, cucian lantai dan kutipan sampah sarap.
Kerjasama daripada penduduk di kawasan Gopeng amat diharapkan supaya tidak membuang sampah merata-rata dan menggunakan kemudahan awam yang disediakan demi keselesaan semua.
Pemilik premis perniagaan juga diseru dan diwajibkan menyediakan tong sampah persendirian di setiap premis masing-masing mengikut kehendak pelesenan yang ditetapkan oleh pihak Majlis.
Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.
Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak