KERJA – KERJA PEMBERSIHAN DAN SAPUAN JALAN DI SEKITAR MEDAN SELERA DAN PASAR AWAM KAMPAR
Salah satu kerja rutin kakitangan pembersihan dari Jabatan Kesihatan Awam, Majlis Daerah Kampar adalah pembersihan dan sapuan jalan di kawasan tumpuan seperti Medan Selera, Pusat Penjaja, Pasar Awam dan jalan-jalan utama di kawasan Kampar.
Kerja – kerja pembersihan meliputi sapuan jalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Kerjasama daripada penduduk Kampar amat diharapkan untuk tidak
membuang sampah merata-rata dan menggunakan kemudahan awam yang disediakan demi keselesaan semua.
Pemilik premis perniagaan juga diseru dan diwajibkan menyediakan tong sampah persendirian di setiap premis masing-masing mengikut kehendak pelesenan yang ditetapkan oleh pihak Majlis.