Berita / Aktiviti


AUDIT ISO 45001: 2018 1st SURVEILLANCE AUDIT

AUDIT ISO 45001: 2018 1st SURVEILLANCE AUDIT
12-13 Jun 2023 - Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah menerima kunjungan panel penilai dari National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) Certification Sdn. Bhd. untuk Pengawasan Audit Siri Pertama bagi Tahun 2023.
Pengawasan audit yang dijalankan selama 2 hari ini telah menjalankan semakan dokumen dan Sistem Pengurusan ISO 45001: 2018 seperti Arahan Kerja (AK) dan Standard Operasi Prosedur (SOP) yang terdapat dalam pensijilan ISO yang diterima melibatkan 7 bahagian.
Selain itu, lawatan ke tapak bagi melihat proses kerja cantasan pokok dan tangkapan anjing terbiar turut dijalankan semasa pengawasan audit pada kali ini.
MDKpr sentiasa memastikan pelaksanaan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan (KKP) kepada semua anggota pekerja dilaksanakan dan dijadikan sebagai budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja. Malahan , elemen-elemen KKP ini merupakan sebahagian daripada dasar pengurusan MDKpr bagi melindungi semua anggota Majlis daripada sebarang bahaya dan mencegah kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 20/12/2023 | Jumlah Pelawat : 38121
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768