Berita / Aktiviti


SESI LIBAT URUS TAKLIMAT PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG KECIL PENJAJA DAN GERAI ( MAJLIS DAERAH KAMPAR ) 2020

LIBAT URUS BERSAMA PENIAGA GERAI MAJLIS DAN PENJAJA BAGI TAKLIMAT PELAKSANAAN UUK PENJAJA & GERAI (MD KAMPAR) 2020
4 & 5 Julai 2023 - Bertempat di Dewan Bandaran Kampar, Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah dijalankan Libat Urus Bersama Peniaga Gerai Majlis dan Penjaja Bagi Taklimat Pelaksanaan Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja dan Gerai (MD Kampar) 2020 kepada peniaga-peniaga gerai milik Majlis dan penjaja di kawasan Pentadbiran Majlis.
Program libat urus selama 2 hari ini telah dihadiri oleh Tuan Ahmad Suqairy bin Alias YDP MDKpr, YB Chong Zhemin Ahli Parlimen Kampar, YB Angeline Koo Hai Yen ADUN Keranji, YB Shasha Veraiah ADUN Malim Nawar, barisan Ahli Majlis MDKpr, wakil persatuan peniaga dan penjaja. Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Izham bin Ahmad, Pegawai Tadbir (Jabatan Kesihatan Awam) MDKpr dan Puan Hamishah binti Ahamed, Pen. Peg. Undang-Undang MDKpr.
Penerangan berkaitan pelaksanaan UUK baharu ini akan berkuatkuasa 1 Januari 2024 melibatkan semua kategori lesen gerai Majlis dan penjaja di kawasan Pentadbiran MDKpr.
Pelaksanaan UUK Penjaja dan Gerai 2020 adalah melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bil. 1978 bertarikh 9 Oktober 2019 untuk digunapakai oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 20/12/2023 | Jumlah Pelawat : 38121
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768