Berita / Aktiviti


PROGRAM PENGHASILAN BAJA KOMPOS DARI SISA MAKANAN

PROGRAM PENGHASILAN BAJA KOMPOS DARI SISA MAKANAN

9 Jun 2023 - Majlis Daerah Kampar (MDKpr) dengan kerjasama SMK Sri Kampar telah menganjurkan Program Penghasilan Baja Kompos dari Sisa Makanan baru-baru ini. Bertempat di perkarangan sekolah, taklimat penghasilan baja kompos dari sisa makanan telah disampaikan oleh En. Muhammad Mahathir bin Azman, Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran U29 kepada hampir 30 orang pelajar sekolah tersebut.
Tujuan program ini dijalankan adalah memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah mengenai penghasilan baja kompos menggunakan sisa makanan yang dibuang. MDKpr sentiasa berharap program seumpamanya ini dikembangkan ke sekolah-sekolah lain untuk menyokong usaha murni ini melestarikan sisa makanan yang dibuang ke alam sekitar.

Hubungi


Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.

  • Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak

  • 05-4671020 / 05-4671030

  • 05-4671040

  • urusetia[at]mdkampar[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Kampar. Kemaskini terkini pada : 20/12/2023 | Jumlah Pelawat : 38121
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768