PROGRAM CAR BOOT SALES DAN PROGRAM KITAR SEMULA DENGAN TUKAR BARANGAN KEPERLUAN HARIAN
PROGRAM CAR BOOT SALES DAN PROGRAM KITAR SEMULA DENGAN TUKAR BARANGAN KEPERLUAN HARIAN
30 September 2023 (Sabtu) - Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah menganjurkan Program Kitar Semula dengan Tukar Barangan Keperluan Harian sempena Program Car Boot Sales bertempat di Dataran Bazar Ramadan Gopeng (hadapan Dewan Bandaran Gopeng).
Sambutan dari penduduk setempat sangat menggalakkan sepanjang program pada kali ini dengan jumlah kutipan barang kitar semula yang diterima sebanyak:
Barangan Kitar Semula : 115 kg
Minyak Masak Terpakai : 45 kg
Barangan ewaste : hampir 250 unit
MDKpr menyeru semua penduduk Kampar supaya sentiasa mengamalkan amalan kitar semula di rumah masing-masing bagi melestarikan alam sekitar.
Datang dan kunjungi pejabat kami atau hantarkan e-mel kepada kami pada bila-bila masa anda mahu. Kami terbuka kepada semua cadangan daripada pelanggan kami.
Majlis Daerah Kampar, Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 Kampar, Perak