Mengenai Kami

Syarat Kelulusan Lesen Perniagaan

Syarat – syarat Am lesen premis perniagaan Majlis Daerah Gerik

  1. Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menjaga dan menyelenggara tempat atau premis berlesennya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih pada setiap masa
  2. Mestilah memastikan tiada sampah sarap, barang-barang buangan atau lebihan dibuang, diletakkan atau dibiarkan diatas kaki lima atau ditepi atau diluar bangunan
  3. Mestilah memastikan longkang dihadapan, belakang atau ditepi bangunan sentiasa bersih daripada sampah sarap
  4. Sampah-sarap mestilah dikumpul kedalam karung plastik dan diletakkan kedalam tong sampah bertutup;
  5. Premis mestilah kemas dan tersusun, amalan mencuci dan mengemas barang-barang dan peralatan dalam premis pada kadar dua minggu sekali adalah disyorkan;
  6. Mestilah mengadakan alat-alat kawalan kebakaran yang diluluskan oleh Jabatan Bomba;
  7. Mestilah mengadakan alat pertolongan cemas dengan bekalan ubatan serta barang-barang pertolongan cemas yang secukupnya;
  8. Mestilah memastikan semua pekerja-pekerja dilatih dan diajar menggunakan apa-apa peralatan mesin atau lain-lain yang boleh mengakibatkan kemalangan atau kejutan elektrik;
  9. Semua peralatan, mesin, bekalan bahan kimia atau sumber kuasa perlu dilindungi dan ditanda dengan tanda amaran “BAHAYA”JANGAN SENTUH dan lain-lain;
  10. Syarat-syarat am :-
  • Mengemukakan dua keping gambar dan senarai nama pekerja-pekerja,
  • Pelit lesen mestilah dipamerkan
  • YDP atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh memasuki premis bagi tujuan pemeriksaan pada bila-bila masa;
  • Mestilah mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh YDP, Setiausaha MDG dari semasa ke semasa

11.Tidak dibenarkan menjalankan atau membiarkan apa-apa aktiviti yang melanggar mana-mana akta atau undang-undang yang dikuatkuasakan didalam Negara ini;

Jika syarat-syarat diatas tidak dipatuhi dalam tempoh 30 hari, kelulusan lesen akan di batalkan dan tindakan mahkhamah akan diambil keatas tuan/puan di bawah seksyen 109 Akta ini, bersabit juga dengan kesalahan-kesalahan di atas tuan/puan boleh di kompaun RM 250.00 jika melanggar satu dari syarat-syarat yang tersebut

Welcome to Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS). MyGOS is a platform for government agencies to promote sharing of geospatial information. It enables you to turn your data into web-enabled services that your whole organozation members can use.

MyGOS gives you an easy-to-use and intuitive workspace for collaborating with others on your organization. Create groups and invite others to work together on projects, and to share maps, data, and other content.

Hakcipta Terpelihara © 2024 AgGIS Geoportal. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/01/2024 | Jumlah Pelawat : 4953558